Membawang Hari Ini

Afifah Nasir Jelas Isu ‘Kacau’ Rumah Tangga Aliff-Bella

SETELAH lama berdiam diri, pelakon Afifah Nasir akhirnya ‘buka mulut’ perihal isu menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah, pagi Isnin.

Afifah hadir di pejabat peguam yang dilantiknya iaitu Ruben & Co Advocates & Solicitors dengan ditemani kakaknya Mia Nasir, rakan pelakon Allana Amir dan teman lelaki, Wan Ariff.

Kata Afifah, 24, punca dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini adalah di atas nasihat peguamnya.

“Saya dinasihatkan oleh peguam saya agar berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Kalau difikirkan sendiri, kalau saya melawan semasa isu ini sedang hangat, tiada apa yang akan selesai.

“Jika pihak mereka dan pihak saya saling berbalas ‘serangan’ dengan bukti-bukti yang masing simpan, sampai bila-bila pun benda tak habis. Jadi saya mengambil keputusan untuk hanya berdiam diri,” jelas Afifah yang turut ditemani oleh peguamnya.

Katanya lagi, dia terpaksa bertahan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini meskipun teruk dikecam orang ramai kerana berpendapat melawan balik adalah sesuatu yang sia-sia.

“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Namun, saya rasa tidak adil kerana saya dihina oleh masyarakat berdasarkan cerita sebelah pihak sahaja.

“Saya akui kesilapan saya dan sudah pun meminta maaf. Saya sendiri berasa tertekan kerana saya dicemuh begitu teruk sekali, namun saya harus positif menjalani kehidupan seperti biasa.”

Pelakon Izinkan Aku Mencintaimu itu turut mengatakan dia mahu kontroversi ini berakhir dan menyuarakan keinginan untuk berbaik semula dengan pihak Aliff dan juga Bella.

Sekadar mengimbas kembali, Afifah dan Aliff dikecam selepas ‘kantoi’ berdua-duaan di dalam sebuah bilik sebuah pusat karaoke di One Shamelin, Cheras.

Pada kejadian 27 Julai lalu, Bella Astillah yang juga isteri kepada Aliff bertindak mengambil gambar Afifah dan suaminya di dalam bilik berkenaan sehingga berlaku pergelutan sehingga menyebabkan Bella cedera di muka dan kaki. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");