Membawang Hari Ini

Afifah Nasir Sedia Jawab Persoalan

MUNGKIN mengetahui sudah tiba masanya untuk berhadapan dengan realiti, pelakon Nur Afifah Nasir kini mengakui dia sudah bersedia untuk menceritakan kejadian sebenar daripada pihaknya.

Kata Afifah,24, dia bakal mengeluarkan satu kenyataan bagi menjawab segala persoalan berkaitan kontroversinya sebagai ‘penganggu rumahtangga’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, namun memohon untuk diberikan sedikit masa.

“Fifa memang akan keluarkan kenyataan cuma sekarang tengah sibuk sikit. Maaf sangat,” ujarnya ringkas kepada mStar Online.

Jawapan yang diberi itu sedikit sebanyak dapat menjawab pertanyaan netizen kononnya pelakon ini cuba melarikan diri daripada berkata sesuatu selepas Aliff mengaku curang terhadap isterinya, Bella Astillah.

Sebelum ini Afifah pernah memaklumkan kesudiannya untuk memberi kenyataan mengenai pembabitannya dalam isu tersebut, namun sehingga kini tiada berita daripada mulutnya.

Jumaat lalu, dunia hiburan sebelum ini dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Ketika kejadian yang berlaku pada 27 Julai lalu itu, Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didapati bersama Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Dalam satu sidang media yang diadakan pada 31 Julai lalu, Aliff mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada Bella dan pihak-pihak yang terasa hati.-MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");