Berita Hari Ini

‘Aina Allah? Mana Allah’ Antara 18 Penerbitan Dilarang KDN

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan ke atas 18 penerbitan kerana kandungannya boleh memudaratkan moral serta kepentingan dan ketenteraman awam, selain mengelirukan pemikiran orang ramai.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim menerusi satu kenyataan hari ini, berkata perintah dibuat melalui Warta Kerajaan bertarikh 27 Julai 2017, mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Berikut senarai penerbitan berkenaan;

1. Fatimah Az-Zahara Wanita Solehah Sinaran Zaman

2. Humanisme Islam: Kajian Terhadap Pemikiran Filosopis Muhammad Arkoun

3. Breaking The Silence: Voices of Moderation, Islam In A Constitutional Democracy

4. Misteri Merong Maha Wangsa dan Penyebaran Islam di Timur (Part 1) Kisah Khalifah Sharif Yang Di-Pertuan Kedah dan Legasinya

5. Kisah Para Nabi

6. Kasyaf Al-Haq (Mengenal Allah)

7. Kisah-kisah Ghaib Dalam Hadis Sahih

8. Agama Allah Rahmat dan Penyelamat Bagi Seluruh Alam

9. At-Thariq Ilallah Thariqat Al-Hassaniyyah

10. Berdialog Dengan Jin Islam

11. Piramid: Rahsia Purba Yang Dapat Anda Manfaatkan

12. Menyingkap Misteri Pulau Besar

13. Bid’ah Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah (Di Dalam Buku Ini Terjawab Berbagai Persoalan Bid’ah) Jilid 1

14. Aina Allah? Mana Allah

15. Menanti Buah Hati dan Hadiah Untuk Yang Dinanti

16. 28 Hari: Jurnal Rock & Roll + Anarki Di Kuala Lumpur

17. Habibi

18. Drive Me Wild

Penerbitan 1 mengandungi unsur ajaran Syiah, manakala penerbitan 2 dan 3 kerana ada unsur promosi prinsip pemikiran liberalisme dan pluralisme yang bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam sebenar mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Penerbitan 4 pula kerana mengandungi fakta sejarah yang mengelirukan pembaca dan menyeleweng daripada fakta sebenar Kedah.

Sementara itu, penerbitan 5 hingga 15 didapati mengandungi terjemahan dan fakta salah serta bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam sebenar mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini.

Ia dilihat boleh mengelirukan orang ramai dan dikategorikan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar, lapor BH Online.

Penerbitan 16 hingga 18 dilarang kerana penulisan berunsur seks, menggalakkan kebebasan bersosial serta memuatkan ilustrasi lucah keterlaluan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");