Isu Panas

Akta 164: PAS Tetap Terima Kasih Pada Kerajaan

KUALA LUMPUR – Meskipun PAS mempertikaikan beberapa perkara dalam Pindaan Akta 164, tetapi parti Islam tersebut tetap berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana mendengar tuntutan para mufti dan alim ulama.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, kerajaan kerana mendengar desakan tersebut dan mengeluarkan cadangan Seksyen 88A dari draf pindaan akta itu walaupun mendapat tentangan hebat DAP dan Parti Amanah Negara (PAN)

“Saya menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana mendengar desakan dan tuntutan PAS, para mufti, alim ulama, pengamal undang-undang Islam, NGO dan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Nasrudin memaklumkan PAS akan akan mengangkat beberapa cadangan terhadap pindaan Akta 164 kepada pihak kerajaan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman bagi menangani situasi pertikaian dan perselisihan yang masih wujud.

Menurut beliau, cadangan yang bertujuan enjaga kemaslahatan agama dan umat Islam adalah seperti berikut:

1) Mengangkat beberapa cadangan terhadap pindaan Akta 164 kepada pihak kerajaan sebelum dibawa ke Dewan Negara. Pertemuan dengan menteri akan diatur dalam masa terdekat.

2) Berikutan langkah kerajaan yang telah menubuhkan Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah (JKMMS), PAS menyarankan supaya Kluster Pengharmonian Undang-Undang Sivil-Syariah boleh dijadikan platform yang tuntas untuk membincangkan semula isu berbangkit dari Pindaan Akta 164.

Tambah beliau, PAS akan turut menganjurkan Muzakarah Perundangan dalam masa terdekat bagi melihat secara lebih terperinci kesan daripada Pindaan Akta 164 ke atas umat Islam dan rakyat keseluruhannya. -MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");