Isu Panas

Amanah Desak 1MDB Jelas Sumber Kewangan

KOTA BHARU – Amanah mendesak 1MDB menjelaskan sumber kewa-ngan yang diperoleh bagi membayar hutang bernilai kira-kira RM1.55 bilion kepada International Oilfield Investment Co (IPIC).

Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu perlu dibuat kerana terdapat dakwaan kemampuan pembayaran itu dibuat sehari selepas delegasi China melawat Malaysia untuk majlis pecah tanah projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Kena jelaskan. Dalam pelancaran kos yang disebut antara RM50 bilion hingga RM53 bilion. Ada yang mendakwa kos sebenar lebih murah dan lebihan pembayaran itulah digunakan untuk bayar hutang.

“Penjelasan termasuk kos pinjaman dan bagaimana kerajaan mampu membayar pinjaman ini ketika negara sedang menanggung hutang yang banyak.

“Rakyat pun akan terbeban dan ini mencerobohi hak rakyat,” katanya semalam lapor Sinar Harian.

Terdahulu, beliau merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan disertai lebih 150 perwakilan di Wisma Tok Guru, Salor dan turut dihadiri Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah serta Pengerusi Keadilan Kelantan, Abdul Aziz Kadir

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");