Berita Hari Ini

Anak Jutawan ‘Dipaksa’ Jadi Buruh

HYDERABAD – INDIA . Hitarth Dholakia, anak kepada jutawan di Gujarat yang memiliki kekayaan lebih 6000 crore (RM 4b) di Surat dihantar ke Hyderabad untuk merasai sendiri kesusahan kehidupan orang biasa.

Hitarth tiba di Hyderabad sebulan lalu dengan hanya berbekalkan wang RS500 (RM 33) dan tiada tempat tinggal mahupun kenalan bagi mendapatkan pekerjaan.

Sebaik menamatkan pengajian ijazah perniagaan di sebuah universiti di New York, Hitart kembali ke Mumbai pada pertengahan Jun lalu.

Niatnya ingin menghabiskan masa bersama keluarga namun dia diberitahu perlu belajar hidup berdikari jauh dan tidak menumpang kekayaan keluarganya itu.

Ketika tiba di lapangan terbang dan menjangkakan apa yang akan dihadapinya, dia diminta ke Hyderabad untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa selama sebulan.

“Saya langsung tidak mengetahui bandar itu, budaya serta bahasanya. Saya takut tapi berasa yakin. Dengan Rs 500 di dalam poket dan tiada telefon, saya tiba di Hyderabad dan mulakan hidup baharu,” katanya lapor India Today.

Hitesh terpaksa mencari kerja baru setiap minggu untuk memenuhi keperluan makanan, penginapan dan keperluan hariannya.

Berada di sebuah bandar baru, dia tidak dapat menggunakan nama keluarganya atau apa-apa yang berkaitan dengan identiti asalnya, termasuk kelayakan pendidikannya untuk mencari pekerjaan.

“Saya berpendidikan AS dan tak ada siapa yang bantu saya di Hyderabad. Tidak lama kemudian, saya mula mencari pekerjaan kerana saya langsung tidak mempunyai wang.

“Tinggal di sebuah rumah persinggahan di Secunderbad dengan harga Rs100 (RM6), saya berkongsi bilik dengan 17 penghuni lain di sana.

“Tugas saya seterusnya adalah untuk mencari kerja dan setelah bergelut selama 3 hari, saya mendapat pekerjaan di kedai makan dengan gaji Rs4,000 (RM267). Sebagai sebahagian daripada cabaran, saya bekerja di sana selama 5 hari dan berhenti kerja,” katanya.

Hitarth berkata, dia “cukup beruntung” kerana mendapat pekerjaan dalam bidang pemasaran di sebuah kilang pengeluaran papan putih dan dibayar Rs1500 (RM100).

Dia menukar 4 pekerjaan dalam tempoh 4 minggu dan memperoleh Rs5000 pada akhir bulan.

Keluarga hartawan Dholakia mengamalkan tradisi selama bertahun-tahun mengarahkan anak-anak mereka menjalani kehidupan sebagai orang biasa jauh dari kehidupan mewah.

Sebelum ini, Pintu Tulsi Bhai Dholakia, 31 turut dihantar ke Koci sebaik tamat pengajian perniagaan bagi merasai sendiri kesukaran dalam kehidupan.

Pintu kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Hari Krishna Exports Pvt Ltd.

Jutawan pedagang berlian, Savji Dholakia dan kumpulan perniagaannya yang dikendalikan oleh 32 ahli keluarganya terkenal kerana sering memberikan ganjaran bonus kepada pekerjanya.

Tahun lalu, syarikat itu telah memberi 400 rumah dan 1,260 kereta kepada kira-kira 1,716 pekerja terbaik syarikat itu sebagai bonus.

Pada tahun 2015, syarikat itu telah memberi ganjaran 491 kereta dan 200 pangsapuri kepada pekerjanya.

Begitu juga pada tahun 2014, syarikat itu menyumbangkan 491 kereta, dana untuk 207 flat dan barang kemas kepada 1,200 pekerja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");