Jenayah

Anggota Bukit Aman Maut Ditembak

CHANGLUN – Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor, maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, dekat Napoh, di sini, malam tadi.

Mangsa, Abu Hashim Ismail, 54, dikatakan bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, maut akibat terkena sekurang-kurangnya empat das tembakan pada badan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam tadi.

Sehingga kini, butiran lanjut mengenai kejadian itu belum diketahui dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Satu sidang media dijadual diadakan Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri jam 11.30 pagi ini. – BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");