Perak Hari Ini

Beridentitikan Melayu, Islam Tapi Tidak Percaya Tuhan -Nizar

PARIT: Kerajaan negeri memandang serius fenomena masyarakat Melayu yang beridentitikan Islam namun tidak menganut atau berpegang kepada fahaman menidakkan kewujudan Tuhan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata, perkara ini harus dipandang serius dimana ia mungkin melibatkan masyarakat di semua peringkat.

“Allah SWT dalam Al-Quran menyebutkan kita ini (manusia) merupakan sebaik-baik ciptaan dan mana mungkin kita ini ada tanpa dengan kewujudan Tuhan.

“Saya tidak tahu sejuah mana tahap pengajian mereka namun, amat malang sekali jika seseorang itu berindentitikan Melayu dan agama Islam yang berfahaman dan menyokong gerakan ateis ini yang terang-terang melanggar syariat agama”, katanya ketika ditemui di Pejabat UMNO Bahagian Parit dekat sini pada Khamis.

Tambahnya, semua pihak khususnya keluarga dan ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam memantau perkembangan anak masing-masing dari mengelakkan dari menyertai fahaman-faham yang bercanggah dengan akidah yang akhirnya boleh menjerumuskan mereka ke kancah murtad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media tempatan berkenaan terdapat umat Islam yang menyokong dan menyertai Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang tular di laman sosial minggu lalu.

Dalam pada itu, Nizar berkata pembangunan Islam di peringkat negeri Perak berada dalam landasan yang baik.

“Pada peringkat Kerajaan Negeri,  kita amat serius terhadap pembangunan siasah dan juga Islam dalam semua peringkat masyarakat.

“Segala aktiviti yang melibatkan dakwah, pemantapan fahaman agama, hinggalah ke peringkat penguatkuasaan dan perundangan Islam, sedang giat berjalan dengan baik sekali di mana ia seiring dengan elemen Maqasid Syariah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan mahupun negeri.

“Selain itu, yang terbaru, sebanyak 668 institusi masjid seluruh negeri, yang diwakili pengerusi dan bendahari telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di mana ia merupakan inisatif yang dibuat supaya setiap apa yang kita rancangkan itu telus dan pengikut Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya.

Ujar beliau, ini merupakan inisatif Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan nilai Islam dalam kalangan masyarakat selain dari mengekang fahaman-fahaman yang tidak seiring dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dalam pada itu, Nizar juga menyambut baik pengiktirafan program Permukiman Menteri Besar Perak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak yang lalu.

“Ini merupakan satu petanda yang baik di mana, program permukiman ini dapat meraikan lagi nilai kebersamaan, dan mengukuhkan lagi elemen keharmonian dan ukhwah antara pemimpin dan masyarakat serta umat Islam, amnya,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");