Sukan Hari Ini

Bola Jaring Hampiri Emas

PASUKAN negara tidak berhadapan masalah besar untuk menundukkan Brunei dalam perlawanan separuh akhir acara bola jaring Sukan Sea Ke-29 di Stadium Juara, sebentar tadi.

Malaysia menunjukkan kehebatannya sejak awal permainan dengan menguasai perlawanan sebelum menutup suku pertama dengan kemenangan 25-4.

Rentak cemerlang pasukan Malaysia dikukuhkan lagi dengan jaringan 39-12 di suku kedua, menjarakkan jaringan kepada 53-21 pada suku ketiga dan mengakhiri perlawanan menerusi kemenangan selesa 70-28.

Kemenangan itu meletakkan anak didik Tracy Robinson semakin hampir dalam misi merampas kembali pingat emas selepas tewas kepada Singapura pada edisi sama dua tahun lalu.

Dalam aksi final esok, Malaysia akan bertemu sama ada musuh ketatnya,Singapura atau Thailand yang akan turun dalam satu lagi saingan separuh akhir pada jam 12.45 tengah hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");