Berita Hari Ini

CAP Gesa Kekal Pengharaman Jual Rokok Kotak Kecil

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengekalkan pengharaman rokok kotak kecil kerana ia dilihat mampu menarik golongan belia dan wanita untuk membelinya.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata tiada alasan kenapa rokok kotak tujuh dan lapan batang yang diharamkan pada 2006 serta kotak 14 batang yang diharamkan pada 2010 perlu dijual semula seperti cadangan daripada industri tembakau.

“Rokok kotak kecil yang berisi kurang daripada 20 batang mampu dibeli oleh golongan belia dan itu tidak akan menghalang perokok untuk membeli lebih banyak rokok kerana mereka mampu membelinya.

“Jadi CAP berpendapat tiada alasan kenapa kotak kecil perlu ada semula memandangkan kerajaan telah mengambil begitu banyak usaha untuk mengharamkannya dan mengapa perlu mengikut cadangan industri tembakau bagi kembalikan penjualan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Idris berkata terdapat kira-kira 2.7 juta perokok daripada golongan belia berusia 13 hingga 15 tahun ketika ini dan CAP bimbang jika penjualan rokok kotak kecil dibenarkan semula, jumlah perokok muda akan terus meningkat.

Beliau berkata CAP menggesa kerajaan bertindak tegas dan tidak menerima pujukan industri tembakau untuk menjual semula rokok kotak kecil. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");