Perak Hari Ini

Dakwa Pegawai MDTM Guna Sijil Palsu: Adun Harap Ambil Tindakan Segera

IPOH: Satu lagi laporan polis telah dibuat dan satu kenyataan telah diserahkan kepada wakil Menteri Besar Perak, susulan dari isu pelantikan seorang pegawai tadbir di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) menggunakan sijil kelayakkan akademik palsu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang berkata keterangannya sudah diambil semalam dan ia kini telah di bawa ke bahagian Timbalan Pendakwa Raya.

“Sebelum ini kita telah mengeluarkan kenyataan dan memberi masa kepada pihak MDTM untuk mengambil tindakan dalam masa seminggu namun sehingga kini ianya seperti tiada perkembangan dan pegawai tersebut masih lagi menjawat jawatanya itu,” kata Lih Kang.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat dan laporan polis berkenaan dengan hal ini kepada Pegawai Tadbir Pejabat Menteri Besar, Hanita Alang Ismail, di Pintu Masuk Pejabat Setiausaha Negeri Perak di sini pada Rabu.

“Saya berharap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dapat memberi respon terhadap isu ini yang mana Yang Dipertua (YDP) MDTM, Mohd Syukri Azaari ada mengeluarkan kenyataan yang pegawai tersebut dikatakan mempunyai satu lagi ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Jika begitu mengapa dan bagaimana dua ijazah (yang didakwa) palsu berkenaan boleh disahkan dan diserahkan kepada MDTB, seperti yang kita tahu penggunaan ijazah palsu adalah satu jenayah serius, apatah lagi ia melibatkan seorang pegawai kerajaan,” ujarnya.

 

Beliau juga mempersoalkan mengapa jawatan tersebut pernah dikosongkan pada tahun 2014 sehingga 2016 yang mana sepatutnya ia boleh diisi pegawai berkenaan yang ketika itu menjawat jawatan pembantu.

“Jika dilihat pada diskripsi tugas yang berdasarkan kepada iklan jawatan kosong dari MDTM, ia banyak melibatkan kepada hal-hal seperti perundangan, pendakwaan, hal ehwal antarabangsa dan sebagainya.

“Di sini, saya juga ingin menarik perhatian Menteri Besar dan juga bertanyakan kepada pegawai berkenaan, bagaimana dia boleh dan masih lagi menjawat jawatan berkenaan dengan mengunakan kelayakkan akademik Pengurusan Perniagaan sedangkan ia banyak melibatkan hal perundangan,” katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga Naib Pengerusi PKR Perak mencadangkan agar pegawai tersebut dipindahkan ke jabatan lain untuk sementara waktu, bagi memberi ruang proses siasatan dijalankan.

“Sebelum ini berlaku di mana MDTM telah mengeluarkan Notis Pernyataan Tuntutan Tunggakkan Cukai Taksiran bagi penduduk Slim River, yang tidak mengikut prosedur di mana ia tidak menunggu salinan termeterai oleh Mahkamah Majisteret dan selepas itu mereka menarik balik dan mengakui kesilapan tersebut.

“Selain dapat mengelakkan lagi dari berlaku hal-hal yang berbangkit seperti ini, saya berharap agar pegawai berkenaan dapat dipindahkan ke bahagian lain yang bersesuaian dengan kelayakkanya, bagi memberi ruang untuk siasatan dijalankan”, katanya.

Sebelum ini Utusan Online, pada 20 Julai 2017, telah menyiarkan respon dari Zambry di mana beliau memandang serius kepada hal ini dan perkara ini telah diserahkan kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi menyiasat perkara ini.

Pegawai berkenaan dikatakan mempunyai diploma dan ijazah perundangan dari University Of Northumbria, Newcastle, United Kingdom, yang didakwa meragukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");