Membawang Hari Ini

“Dia Lambatkan Kerja, Jadilah Ini Semua” – Hafiz Hamidun

PENYANYI Hafiz Hamidun menepis dakwaan apa yang terjadi terhadap rumah tangganya dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa berikutan sikap terburu-burunya untuk berkahwin.

Hafiz, 33, berkata, perkenalan selama lima bulan sebelum bernikah itu adalah masa yang cukup untuk menguruskan hal dokumentasi.

“Perkara ini bukan disebabkan ada yang kata saya terburu-buru atau terdesak nak berkahwin, pada saya perkenalan lima bulan itu adalah masa yang cukup.

“Saya kenal bulan Januari, bertunang bulan Mac dan berkahwin bulan Mei. Saya fikirkan untuk bercinta selepas berkahwin dan bukan berkawan saja-saja,” ujarnya kepada mStar Online.

Hafiz berkata demikian pada sidang media yang diadakan di pejabat syarikat pengurusannya, Artieffect, Damasara Perdana, di sini, pada Selasa.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini tampil bagi membuat penjelasan berkaitan kemelut rumah tangga dengan Joy Revfa.

 

Selain itu, tambahnya, jika urusan perkahwinan itu dilakukan dengan betul, ia tidak mendatangkan sebarang masalah seperti yang dilaluinya hari ini.

“Kalau tidak melembat-lambatkan kerja itu semuanya boleh berjalan seperti biasa dan tidak terjadi isu seperti ini. Ini tidak, banyak sangat alasan yang diberikan (oleh Joy Refva).

“Saya juga tidak mendapatkan kerjasama yang baik untuk melancarkan urusan ini,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");