Jenayah

Dituduh Rogol, Cabul Tiga Adik Perempuan

SUNGAI PETANI: Remaja lelaki berusia 18 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini, atas empat pertuduhan merogol dan mencabul tiga adik perempuannya.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saiful Bahari Adzmi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol adiknya berusia lapan tahun di sebuah rumah di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Sungai Petani pada 8 malam, 19 Julai lalu.

Pertuduhan kedua, dia didakwa merogol adiknya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Lorong Kuda Kepang 3, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, pada 9 malam, 21 April lalu.

Bagi dua perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga, dia didakwa mencabul adiknya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Sungai Petani pada 11 pagi, 18 Julai lalu.

Pertuduhan terakhir, dia didakwa mencabul adiknya berusia 10 tahun di sebuah rumah di Kampung Baru Pulau Tiga, Sungai Layar, Sungai Petani pada 9 malam, 14 Julai lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Prosiding kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J Geeta yang meminta mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana mengambil kira hubungan tertuduh dengan mangsa.

Mahkamah menetapkan 5 September ini sebutan semula kes sementara menunggu serahan dokumen dan perlantikan peguam bela serta tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");