Jenayah

Dua Beradik Mangsa Pemuas Nafsu Bapa, Datuk, Bapa Saudara

KUCHING: Pemeriksaan pihak Hospital Serian terhadap seorang wanita mengandung hari ini, membongkar perbuatan terkutuk bapa kandung yang merogolnya sejak enam tahun lalu.
Malah, wanita berusia 19 tahun itu turut mendedahkan adiknya yang berusia 14 tahun turut menjadi mangsa nafsu buas bapa mereka.
Bukan itu sahaja, datuk serta dua bapa saudara mereka juga didakwa turut melakukan perkara sama terhadap dua beradik malang itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata pada jam 2.30 petang tadi, pihaknya menerima panggilan dari Hospital Serian mengenai seorang wanita mengandung yang dirujuk ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan.
Beliau berkata, dalam temu bual awal, wanita itu mendedahkan bahawa dia dirogol oleh empat lelaki iaitu bapa kandung, datuk serta dua bapa saudaranya sejak dia berusia 13 tahun.
“Wanita itu juga mendedahkan adiknya turut menerima nasib sama sejak berusia sembilan tahun dan semua kejadian rogol itu didakwa berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian.
“Selesai siasatan awal, pada jam 3.30 petang tadi, satu pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serian diketuai oleh Inspektor Vimal Nathan menahan empat suspek di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Lapor BH ONLINE, Dev berkata, semua suspek berumur antara 26 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai petani.
“Mereka adalah bapa kandung, datuk dan bapa saudara kepada kedua-dua mangsa dan tinggal serumah. Kedua-dua mangsa tidak bersekolah.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376B, Kanun Keseksaan iaitu sumbang mahram dan semua empat suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Serian pagi esok untuk permohonan reman,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");