Jenayah

Dua Terbunuh Kereta Terjunam Di Genting Highlands

BENTONG: Dua terbunuh selepas kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki mereka terhumban dari tingkat empat kawasan letak kenderaan di sebuah hotel di Genting Highlands, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian jam 4.15 pagi itu menyebabkan mangsa Palanisamy Velayutham, 50, dari Sungai Pelek, Sepang, Selangor dan warga China yang dikenali sebagai Ming Sanmao, 43, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor, hasil siasatan awal di tempat kejadian menunjukkan Palanisamy sedang memandu turun dari tingkat atas tempat letak kereta.

“Apabila sampai di tempat kejadian kawasan membelok ke kanan dipercayai pemandu hilang kawalan terus terlanggar besi penghadang dan terjunam ke taman mini dengan keadaan keempat-empat tayar ke atas,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Klinik Genting Highlands.

“Siasatan juga mendapati berlaku kecuaian di pihak pemandu yang dipercayai gagal mengawal kenderaan menyebabkan ia terbabas dan terjunam ke bawah.

“Bagaimanapun siasatan masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");