Membawang Hari Ini

Erma, Bade Bercerai Talak Satu

KUALA LUMPUR: Selepas 27 tahun mendirikan rumah tangga, sutradara terkenal, Badaruddin Azmi atau Bade, melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, pengarah dan pelakon, Erma Fatima, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Bade, 53, tiba di mahkamah berasingan, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menunggang motosikal. Erma, 49 yang mengenakan jubah hitam, tiba pada jam 11 pagi ditemani adiknya, Betty Rahmad.

Bade yang juga pengarah filem KL Menjerit dan Berlari Ke Langit, memfailkan permohonan cerai pada 10 Ogos lalu di mahkamah yang sama mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Selain laporan, BH Online juga turut membuat liputan FB Live dengan perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada lebih 4.5 juta pengikut dari semasa ke semasa.

Dua tahun lalu, Erma pernah memfailkan permohonan cerai selepas mendapat tahu Bade berkahwin lain.

Bagaimanapun pengarah filem Embun ini menarik balik keputusannya itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 November 1991 dan mempunyai lima orang anak angkat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");