Sukan Hari Ini

Gimnastik KL2017: Farah Ann Sumbang Emas Senaman Lantai

KUALA LUMPUR: Skuad gimnastik wanita negara menuai satu lagi pingat emas temasya KL2017 menerusi Farah Ann Abdul Hadi selepas cemerlang di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Farah Ann mengungguli disiplin senaman lantai dengan mengumpul 13.450 mata, sekaligus mengulangi pencapaian dua tahun lalu apabila mengatasi saingan gimnas Filipina, Kaitlin De Guzman, yang meraih 13.025 mata manakala gangsa milik Rifda Irfanaluthfi dari Indonesia.

Tan Ing Yueh, yang menduduki tangga keempat senaman lantai, mengulangi pencapaian meraih perak, dua tahun lalu, dengan persembahan agak cemerlang dalam disiplin batang titian.

Ing Yueh, yang awalnya diumumkan memenangi emas, sebaliknya meraih pingat perak di belakang Rifda selepas semakan semula manakala Kaitlin dikalungkan gangsa, lapor protal Stadium Astro.

Difahamkan, keputusan menarik balik emas daripada Ing Yueh dan sebaliknya dihadiahkan kepada Rifda diputuskan juri selepas tuntutan dibuat kem Indonesia.

Namun, atas semangat kesukanan, kem Malaysia menerima keputusan itu tanpa bantahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");