Perak Hari Ini

Hampir 4,000 Peminjam Pengajian Tinggi Anak-Anak Perak Masih Belum Selesaikan Hutang

IPOH:Sehingga 31 Disember 2016, tunggakan pinjaman Pengajian Tinggi Anak-Anak Negeri Perak adalah berjumlah sekitar RM17 juta melibatkan 4,632 orang peminjam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau,Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata pihak Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Perak 2017 telah memutuskan untuk memberi diskaun dan rebat sebanyak 30 peratus bagi menggalakkan para peminjam membayar semula pinjaman.

“Sekitar 20 orang peminjam telah diambil tindakan mahkamah dan setakat Disember 31 Disember 2016, tunggakan sebanyak RM17,415,364 sejak ia dilaksanakan.

“Peminjam juga akan menerima tindakan yang nama mereka akan disenarai hitam dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS),” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Cek Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri bagi sesi 2017/2018.

Terdahulu beliau yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir telah menyampaikan sijil penghargaan kepada 37 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda yang layak menerima Anugerah Pinjaman Boleh Ubah atau Biasiswa untuk pinjaman pelajaran.

Bagi sesi ini Kerajaan Negeri telah menawarkan pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada seramai 505 orang anak-anak Perak dengan peruntukan sebanyak RM3,603,000.

Jelasnya lagi, segelintir peminjam menyifatkan pekerjaan yang diperolehinya adalah sementara kerana tidak setaraf dengan kelayakan yang diperolehi hingga mengakibatkan mereka sukar untuk membayar balik pinjaman selepas enam bulan bergraduasi.

“Dalam ikut perjanjian selepas enam bulan tamat pengajian mereka perlu mula membayar semula pinjaman namun fahaman segelintir daripada mereka menganggap tidak perlu membayar lagi kerana masih belum mendapat pekerjaan tetap mengakibatkan mereka masih belum membayar,” katanya.

Peminjam katanya disaran merujuk pihak khidmat pengurusan untuk menjadualkan kembali cara pembayaran semula bayaran balik mengikut kemampuan mereka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");