Jenayah

Hantar Bayi Guna Perkhidmatan Kurier

FUZHOU – CHINA – Seorang wanita bertindak kejam dengan menghantar bayinya yang masih hidup ke sebuah rumah anak yatim menggunakan perkhidmatan kurier, memetik laporan Shanghaiist.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke rumah anak yatim pada Rabu, pekerja penghantaran menyedari satu bungkusan yang dibawanya mula bergerak dan menangis.

Selepas disiasat, lelaki itu menemui seorang bayi dibalut dengan beberapa lapisan plastik hitam.

Video yang tular di media sosial di China itu menunjukkan orang ramai mengerumuni bayi malang berkenaan, sementara syarikat penghantar menunggu pihak berkuasa tiba.

Orang ramai dilihat memberikan air bagi memastikan itu tidak mengalami dihidrasi kerana suhu pada ketika itu adalah 37 darjah selsius.

Bayi yang baru lahir itu dibawa ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan berusia 24 tahun dari Sichuan yang hanya dikenali sebagai Luo ditahan kerana mengabaikan bayinya.

Insiden berkenaan hangat diperdebatkan di China dan ada netizen berharap wanita itu dikenakan hukaman setimpal.

“Wanita yang tidak berhati perut. Dia patut turut dibalut dengan plastik hitam dan dibiarkan di bawah cuaca panas,” tulis seorang pengguna Weibo.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");