Berita Hari Ini

Hospital Cyberjaya Siap Pada 2020

KUALA LUMPUR: Hospital Cyberjaya, dengan nilai kontrak sebanyak RM475 juta dan dijadualkan siap pada 2020, akan menjadi pelengkap kepada rangkaian hospital awam di Selangor, selain mengurangkan kesesakan di hospital Putrajaya dan Sepang.

Pemangku Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd, Mohd Najib Ibrahim, berkata hospital dengan kemudahan 288 katil itu terletak berdekatan Gem In Mall yang akan memberi perkhidmatan kepada penduduk Cyberjaya, Puchong, Dengkil dan Sepang.

“Hospital sembilan tingkat di kawasan seluas 4.86 hektar itu juga menyediakan 965 ruang parkir,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu melantik Gadang Engineering (M) Sdn Bhd, anak syarikat Gadang Holdings Bhd, sebagai kontraktor utama bagi projek hospital berkenaan.

Menurut Bernama, Hospital Cyberjaya dibangunkan dengan reka bentuk yang memenuhi standard pensijilan Indeks Bangunan Hijau bagi Kelestarian, dengan ciri-ciri teknologi mengumpul tenaga solar dan orientasi solar optimum, yang memudahkan operasi mesra alam dan kecekapan tenaga.

Hospital awam itu yang bermatlamat meningkatkan penawaran bandar itu, adalah antara 11 pengumuman utama yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena sambutan ulang tahun ke-20 Cyberjaya, Mei lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");