Jenayah

Isu UNISEL-Jana Niaga: SPRM serbu Tiga Premis

SHAH ALAM: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam, pejabat Jana Niaga Sdn Bhd, Desa Pandan dan Pejabat Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di Shah Alam pagi ini.

Menurut BH Online, ia dipercayai ada kaitan dengan siasatan pembayaran oleh MBI kepada Jana Niaga bagi projek di UNISEL.

Seramai enam pegawai SPRM memasuki UNISEL Kampus Shah Alam dipercayai membabitkan siasatan terhadap isu pertikaian kontrak antara universiti itu dengan sebuah syarikat konsesi jam 10 pagi.

Mereka dilihat memasuki bahagian pentadbiran UNISEL di Seksyen 7 di sini, dengan diiringi pegawai universiti itu.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan, yang ditemui mengesahkan kehadiran pegawai SPRM itu.

“Tindakan kami ketika ini adalah untuk memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat yang datang,” katanya.

Isu membabitkan penyelesaian antara UNISEL dan syarikat konsesi itu diketahui umum selepas Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 8 Julai lalu membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung perkara itu yang didakwa meragukan. 

Seramai empat pegawai SPRM pula memasuki pejabat Jana Niaga Sdn Bhd, Desa Pandan, di sini, dipercayai berhubung siasatan sama jam 10.30 pagi.

Ketika ini, pasukan penyiasat masih meneliti beberapa dokumen untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan.

Lima pegawai SPRM juga dilihat memasuki bangunan Darul Ehsan di Seksyen 14, Shah Alam, yang menempatkan pejabat MBI di tingkat 14 premis itu, kira-kira jam 10.40 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");