Isu Panas

Jangan Lagi Main ‘Padan Muka Hang’ – TPM Zahid

Pada 9 Julai sewaktu merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Gombak di Selangor,Datuk Seri Zahid Hamidi telah ‘ mendamaikan’ Ketua UMNO Bahagian Datuk Rahim Kamaruddin dan timbalannya Datuk Megat Zulkarnian Omar Din di depan perwakilan.

Hari ini,Jumaat sewaktu merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Petani di Kedah,Timbalan Perdana Menteri buat aksi sama pada ketua bahagian itu, Datuk Abdull Rahim Saad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Datuk Ali Yahya  yang merupakan ahli biasa di bahagian itu.

Untuk redakan sengketa antara mereka…dewan jadi gemuruh dengan tepukan bila Timbalan Perdana Menteri menjemput mereka berdua berdiri di pentas utama untuk berdamai sambil berpeluk dan berpegangan tangan.

Zahid tidak segan meneruskan misi damainya secara terbuka kerana tegas merasakan keutuhan UMNO Bahagian adalah faktor penting dan mesti diselesaikan menjelang pilihanraya umum ke 14.

Sambil mengimbas balik gelaja ‘padan muka hang’…kerana sengketa di bahagian-bahagian yang membawa kepada kecundangnya BN di Kedah pada PRU 12 lalu,beliau mahu apa juga masalah diselesaikan secara adik beradik.

Di Sungai petani ,pada PRU11 BN menang semua kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu Pantai Merdeka, Sidam dan Bakar Arang

Namun pada PRU12 hilang semua kerusi terbabit kepada pembangkang .

Pada PRU13, BN hanya menang di DUN Pantai Merdeka, manakala dua lagi kerusi DUN dan Parlimen kekal dalam penguasaan pembangkang.

“Masalah di Kedah (pada PRU12) Kedah orang ambik sebab kita nak padan muka hang dan lepas itu padan muka kita sebab kita hilang negeri. Pada PRU14 kena tebus maruah untuk dapatkan semula kerusi yang kalah sebelum ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

“Pembangkang tidak kuat sebenarnya tetapi kita yang lemah. Bila kita lemah dan berpecah, depa  akan ambil kesempatan…cukup-cukuplah kita berpecah,”tegasnya.

Serentak dengan itu beliau meminta ahli UMNO jangan menjadi batu api cuba melaga-lagakan pemimpin yang akhirnya menyebabkan UMNO lemah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");