Perak Hari Ini

‘Jangan Takut Dengan SPRM’

IPOH: Semua pihak tidak perlu takut untuk tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menangani gejala rasuah.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Nooraziah Abdul Manaf berkata SPRM sepatutnya menjadi agensi yang digeruni pelaku rasuah dan bukannya dikalangan golongan yang tidak bersalah kerana mereka ini dilindungi.

 

“Kita ini mesra rakyat, sepatutnya kita ini ditakuti perasuah bukan yang tidak bersalah kerana kita ada undang-undang yang melindungi pemberi maklumat, saksi dan sebagainya yang mahu membantu menangani gejala terkutuk ini.

“Sebagai contoh, jika anda nampak apa yang berlaku tapi tidak mahu terlibat, kita ada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang melindungi mereka.

 

“Kalau anda kata proses mahkamah lama dan sebagainya, sekarang tidak lagi kerana kerajaan sudah menyediakan mahkamah khas untuk membicarakan ke rasuah ini”,  katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan progarm Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perak  di sini pada Khamis.

Tambah Nooraziah, selain IBR ini semua pihak juga boleh menjadi sebahagian dari ahli ataupun rakan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH), yang telah dilacarkan pada Mei lalu.

 

Di samping itu, beliau juga berkata kes rasuah di Perak masih lagi terkawal kerana mendapat kerjasama yang baik khususnya dalam kalangan ketua-ketua jabatan perkhidmatan awam.

Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon yang turut hadir berkata beliau menyambut baik usaha ini demi memastikan tahap intergiti terus terpelihara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");