Sukan Hari Ini

Jaringan Giroud Selamatkan Arsenal Dalam Pesta Gol Di Emirates

LONDON: Pemain gantian, Aaron Ramsey dan Olivier Giroud menjaringkan gol ketika Arsenal dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Leicester City, 4-3 dalam saingan menghiburkan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi, lapor BH Online.
Pemain diikat dengan rekod Alexandre Lacazette meletakkan Arsenal di depan hanya selepas 85 saat di Stadium Emirates, sebelum tandukan Shinji Okazaki header dan dua jaringan Jamie Vardy menyaksikan juara 2016, Leicester mendahului 2-1 dan kemudian 3-2.

  
Namun dua jaringan buat skuad kendalian Arsene Wenger menukar permainan, dengan hero final Piala FA, Ramsey menyamakan kedudukan pada minit ke-83 dan Giroud mencetak gol kemenangan dua minit kemudian dengan tandukan yang terkena palang dan melepasi garisan.
“Kami terus mengasak dan semangat berpasukan amat menakjubkan,” kata Wenger.
“Secara keseluruhan saya boleh katakan kami menghukum setiap kesilapan dilakukan oleh Leicester yang amat berkesan ketika menyerang.
“Benar kami melepaskan tiga gol, tetapi kami menjaringkan empat gol dan permainan juga berkualiti.”
Aksi menyelamat Ramsey-Giroud mengelak Arsenal daripada kekalahan keempat pada pembukaan dalam lima kempen dan membolehkan Wenger memulakan musim dengan kemenangan untuk kali kedua dalam lapan musim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");