Sukan Hari Ini

Jirapong Hormati Speedy Jantan

BINTANG pecut Thailand, Jirapong Meenapra tidak akan membiarkan Khairul Hafiz Jantan bersinar di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Jirapong berkata, status Khairul Hafiz sebagai antara pelari terbaik di Asia Tenggara juga tidak menggerunkannya.

“Khairul Hafiz yang terbaik di Asia Tenggara pada ketika ini. Dengan catatan peribadi terbaik dalam 100m dan 200m, dia juga antara yang terbaik di Asia,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Dikenali sebagai The Speedy Jantan pelari berumur 18 tahun itu memegang rekod kebangsaan dalam acara 100m dan 200m dengan catatan masa 10.18s dan 20.90s yang direkodkan tahun lalu dan bulan lalu.

Mengulas lanjut, Jirapong berkata, dia bersaing dengan Khairul Hafiz pada Terbuka Thailand di Bangkok beberapa bulan lalu dengan pelari Malaysia itu muncul pemenang, tetapi mengingatkan pemerhati untuk tidak menjadikan keputusan itu sebagai ukuran kerana dirinya tidak 100 peratus cergas dan pulih daripada kecederaan semasa perlumbaan itu.

“Saya mengalami kecederaan di bahagian kaki dalam perlumbaan itu dan tahap keseluruhan kecergasan saya hanya antara 70 hingga 80 peratus pada ketika itu.

“Kini keadaan adalah berbeza kerana saya 100 peratus cergas dan bersedia mencapai kemuncaknya pada KL2017,” katanya yang mensasarkan kedudukan podium di KL2017.

Untuk rekod, Jirapong, 24, memenangi pingat emas 100m dan 200m pada Sukan Sea 2013 di Myanmar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");