shadow

Penulis terkenal yang menghasilkan Harry Potter, JK Rowling tampil memohon maaf kepada keluarga seorang budak lelaki berkerusi roda gara-gara statusnya di Twitter.

Dalam status yang dimuat naik, Rowling menuduh Presiden AS Donald Trump tidak tidak menghiraukan budak lelaki berkenaan dalam sebuah acara persidangan kesihatan.

Rowling menyifatkan Trump sebagai Bapa Narsisme selepas klip video persidangan itu yang berlangsung pada 24 Julai memaparkan presiden terbabit tidak membalas huluran salam seorang budak berusia tiga tahun.

Trump sebaliknya bersalaman dengan orang lain yang berada di acara berkenaan sewaktu meninggalkan lokasi.

Bagaimanapun, rakaman lain menunjukkan sewaktu Trump masuk ke acara itu, presiden berkenaan berhenti untuk bersalaman dengan budak lelaki berkerusi roda itu sebelum bercakap dengannya.
Justeru Rowling mendapati apa yang dilihatnya sebelum itu adalah tidak benar.

“Saya dengan jelas memperlihatkan sensitiviti mengenai isu orang kurang upaya dan mengakui terlepas pandang imej yang saya lihat,” katanya seperti dilapor Reuters.

Permohonan maaf penulis berkenaan ditujukan kepada budak lelaki itu dan keluarganya, namun sedikit pun tidak menyebut nama Trump.

Rowling memiliki 11 juta pengikut di Twittter dan sering bersikap kritikal terhadap pentadbiran Trump dalam statusnya di media sosial.

Komen & Pendapat