Berita Hari Ini

‘Kami Sedia Perangi AS’

KOREA UTARA mendakwa ham­pir 3.5 juta rakyatnya menyatakan kesediaan me­reka secara sukarela untuk me­nyertai angkatan tentera negara itu bagi me­merangi Amerika Syarikat (AS) ketika ketegangan antara kedua-dua negara terus memuncak.

Menurut Rodong Sinmun, akhbar rasmi negara itu, sukarelawan yang terdiri daripada pekerja, anggota parti dan askar telah menawar diri untuk menyertai atau menyertai semula tentera selepas Korea Central News Agency (KCNA) mengutuk sekatan baharu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai tindak balas terhadap ujian peluru berpandu yang dilakukan oleh negara komunis itu.

Pada awal minggu ini, Korea Utara mengancam untuk men­yerang Guam di Pasifik yang merupakan sebuah wilayah dalam AS.

Di Beijing, Pemimpin China, Xi Jinping mendesak Pre­siden AS, Donald Trump supaya mengelak mengeluarkan ken­yataan retorik yang boleh menyemarakkan ketegangan sedia ada dengan Korea Utara.

Jinping berbuat demikian dalam panggilan telefonnya kepada Trump yang sebelum itu memberi amaran kepada Pyongyang bahawa negara itu akan ‘benar-benar menyesal’ kerana mencetuskan permusuhan dengan AS.

White House mengeluarkan kenyataan bahawa Jinping dan Trump ‘bersetuju supaya Korea Utara menghentikan sikap provokatif dan menyatakan komitmen mereka untuk melaksanakan kawasan bebas nuklear di Semenanjung Korea’.

Kementerian Luar China menegaskan, bahawa Jinping te­­lah meminta Trump agar mengelak ‘perkataan dan perbuatan’ yang akan memburukkan lagi keada­an sedia ada dan menyelesaikan kemelut itu menerusi run­dingan politik.

Semalam, Trump mengisytiharkan bahawa tentera AS bersiap sedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan dari Korea Utara.

Dalam panggilan telefon kepada Gabenor Guam, Eddie Calvo pada hari yang sama, Trump berkata, tentera AS bersiap sedia untuk memastikan keselamatan dan perlindungan kepada rak­yat Guam berikutan rancangan Pyongyang untuk melancarkan peluru berpandu ke negara itu.

Sementara itu, Jepun telah menghantar sistem pertahanan peluru berpandu Patriot Advanced Capability-3 (PAC-3) ke Shimane, Hiroshima dan Kochi di barat negara ini. Kesemua kawasan itu dijangka menjadi laluan peluru berpandu Korea Utara.

Stesen televisyen NHK turut melaporkan, sistem anti-peluru berpandu akan turut dihantar ke Ehime.

Dalam pada itu, gambar satelit yang dikeluarkan oleh pakar pertahanan, Joseph Bermudez menunjukkan Korea Utara berkemungkinan sedang bersiap sedia untuk melancarkan ujian terbaharu peluru berpandu balistik dari kapal selam.

 

-UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");