Perak Hari Ini

‘Kejutan’ Buat Yang Tersayang

MENGADAKAN majlis sambutan hari jadi mahupun majlis ulang tahun perkahwinan, selain juadah yang enak, pastinya tidak lengkap jika tidak disertakan dekorasi ceria menggunakan belon berwarna-warni.

Sweet Ballloons & Gift, menawarkan perkhidmatan penyediaan dan pembekal belon serta cenderahati untuk sebarang jenis majlis.

 

Sebut sahaja perkhidmatan bagaimana yang diperlukan, sama ada mahu membuat kejutan kepada yang tersayang, ataupun dekorasi majlis, mahupun dekorasi jambangan bunga palsu dan coklat pasti akan disediakan oleh Sweet Ballloons & Gift.

 

Pengusahanya, Muhammad Amir Sahri, 32, berkata perkhidmatan dekorasi yang disediakan bukan sahaja boleh diadakan di rumah, malahan turut boleh menyerikan suasana majlis di restoran, kafe serta hotel.

Tambah Amir, idea untuk membuka perniagaan di Parit Buntar ini tercetus apabila dia dan Isteri, Mardiana A.Ghani, 34, mendapati terdapat sebilangn kecil sahaja kedai yang menyediakan perkhidmatan seperti Sweet Balloons & Gift.

 

“Sebelum ini, kami di Kuala Lumpur dan hanya berniaga di Facebook sekitar awal tahun dan selepas kami mendapati kawasan di bahagian utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis kekurangan kedai yang menyediakan perkhidmatan seperti ini, kami mengambil keputusan untuk membuka sebuah kedai di sini.

“Kalau berniaga online itu ramai, tapi yang ada kedai seperti kami, nampaknya kurang,” kata Amir yang juga anak kelahiran Parit Buntar.

 

Tambahnya, selain boleh melihat gambar di Facebook dan Instagram Sweet Balloons & Gift, pelanggan boleh datang sendiri ke kedai pelanggan juga bagi melihat sendiri bagaimana kualiti dan rekaan belon yang ada.

Malah, bagi mendapatkan khidmat terbaik pelanggan juga boleh memudahkan lagi urusan perbincangan serta menetapkan cara sesuatu belon itu dihias mengikut selera masing-masing.

 

Amir yang juga seorang pegawai bank berkata sambutan dari awal pembukaan kedai ini pada Julai lalu sehingga kini amat menggalakkan.

“Ada pelanggan yang sangat gembira dengan kehadiran kami kerana agak sukar untuk mendapatkan belon dan barang-barang dekorasi untuk majlis hari jadi di kawasan ini,malah mereka terpaksa pergi ke merata tempat seperti ke Taiping dan berpatah balik ke Pulau Pinang,”  ujarnya.

 

Pada masa sama, Amir berkata harga bagi pakej yang ditawarkan tidak tetap dan ia berdasarkan bajet kepada pelanggan namun, mereka boleh mendapatkannya dengan harga bermula dari RM20.

“Harga kita mengikut bajet dari pelanggan dan sebagai contoh kalau untuk bajet bagi RM20, kita akan beri empat belon lateks dan satu belon foil di mana mereka bebas untuk memilih warna apa dan juga bebas memilih tulisan pada belon foil sama ada untuk hari jadi, konvokesyen atu lain-lain”, katanya.

 

Tambahnya, Sweet Balllons & Gift juga mempunyai cawangan perniagaan di Kota Tinggi, Johor di mana ia diuruskan oleh kakak iparnya.

Bagi yang berminat dan mahu mengetahui lebih lanjut, anda boleh menghubungi melalui Whatsapp (018-274 0152), emel ([email protected]) ataupun mengunjungi ke laman sesawang mereka, (www.sweetballoonsgift.com), Facebook (Sweet Balloons & Gift) dan juga Instagram (@sweetballoonsgift).

 

Nama Perniagaan: Sweet Balloons & Gift

Alamat: No13, Aras 2, Jalan Bestari 2, Pusat Bandar Fasa 2, 34200 Parit Buntar Perak.

Waktu Perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Khamis dan Cuti Am; 10:00am-6:30pm.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");