Jenayah

Kelab Malam Diserbu, 19 GRO Ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 19 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan seorang lelaki tempatan ditahan dalam serbuan Operasi Noda, malam tadi.
Menurut BH Online, mereka telah ditahan dalam satu serbuan pada jam 11.45 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, diketuai Deputi Superintendan Eu Kee Leong di sebuah pusat hiburan terkemuka di Jalan Bukit Bintang, di sini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata serbuan dijalankan hasil maklumat awam mengenai pusat hiburan terbabit menggaji wanita warga asing sebagai pelayan dalam premis berkenaan. 
“Pemeriksaan lanjut ke atas semua pekerja terbabit kemudian mendapati 15 wanita warga China dan empat wanita warga Vietnam disyaki bekerja sebagai GRO.
“Hasil siasatan, kami kesan mereka masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Alzafny berkata, pihak polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki pengurus pusat hiburan terbabit.
“Selain itu, pihak polis turut memeriksa 54 lelaki dan 28 wanita tempatan yang mengunjungi premis hiburan berkenaan bagi mengesan jika mereka terbabit dalam sebarang kegiatan jenayah.
“Semua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen atas kesalahan menggaji dan melindungi Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Seksyen 11(7) akta sama atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");