Berita Hari Ini

Khalid Bersara September Ini

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan akan bersara pada September depan dan ini sekali gus menafikan khabar angin yang sebelum ini mendakwa jawatan beliau akan disambung setahun lagi.

Khalid ketika dihubungi mengesahkan persaraannya selepas mengetuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama empat tahun.

Jawatan beliau akan dipangku Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim buat sementara waktu.

“Timbalan ketua polis negara akan mengambil alih tugas buat sementara waktu,” katanya, seperti dilapokan Harian Metro dan BH Online.

Khalid, Ketua Polis Negara ke-10, akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 pada 5 September depan.

Khalid memulakan kerjaya dengan PDRM pada 1976 dan pernah menyandang pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan pada 2005 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, seterusnya Ketua Polis Selangor pada Jun 2007.

Kerjayanya berkembang selepas dilantik Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman pada 2010 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada April 2011 menggantikan Tan Sri Husin Ismail yang bersara wajib.

Pada 17 Mei 2013, Khalid yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");