Perak Hari Ini

Kit Siang Was-Was Dengan Hipotesis Sendiri

IPOH: Dek kerana pilihanraya umum yang semakin hampir maka mulalah pelbagai spekulasi, dakwaan dan kenyataan dikeluarkan sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Namun kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dalam satu ceramah di Parit Buntar minggu lepas dilihat agak tersasar dimana ia jelas menunjukkan bahawa beliau hanyalah bermain dengan persepsi pengundi.

Kit Siang menerusi ceramah berkenaan menyatakan kononnya pakatan amat yakin untuk menawan Perak pada Pilihan Raya Umum 14 bagaimanapun ia dilihat tidak lebih daripada angan-angan dan harapan palsu DAP.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Dato’ Saarani Mohammad berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin DAP itu hanyalah cubaan untuk memberikan keyakinan kosong kepada pengikut pakatan pembangkang.

“Mungkin dia sudah Nampak cahaya kekalahan tetapi tetap mahu beri harapan palsu kepada penyokong pembangkang.

“Ini jelas dilihat apabila dalam kenyataannya berulang kali menggunakan istilah “jika” (if). Contohnya “jika PAS bertanding dan menjadi penganggu undi”, “jika berlaku pertandingan tiga-penjuru” dan pelbagai keadaan yang menggunakan perkataan “jika”.

Saarani menambah, tindakan Kit Siang itu jelas menunjukkan bahawa beliau sendiri sedang berada di awang-awangan dan tidak yakin dengan hipotesis sendiri.

“Dari segi psikologinya, ia bermakna Kit Siang sendiri tidak yakin dengan ramalan beliau sendiri.

“Beliau cuba menggunakan pendekatan “reverse psychology” mengenai keadaan sebenar yang akan berlaku pada PRU 14 di negeri Perak.

Saarani menerusi kenyataannya turut menasihati pengundi agar tidak terus terpedaya dengan perangai Kit Siang yang menggunakan taktik alih-pandang bagi menutup kelemahan pakatan.

“Mereka ini sentiasa mencari jalan untuk menutup kelemahan parti dimana semua orang tahu bahawa pakatan pembangkang yang sentiasa berkecamuk serta berdepan krisis kepimpinan.

“Buktinya sehingga kini, mereka tidak dapat mencapai konsensus yang nyata dalam mengenalpasti siapakah sebenarnya yang menjadi pemimpin utama mereka.

Dari segi track record, Kit Siang juga dikenali dengan pemimpin yang sering berpindah-randah dalam bertanding pada pilihan raya.

Apabila tembelang beliau sudah pecah dan terbukti tidak mampu untuk memberi perkhidmatan di kawasan yang dimenanginya, beliau berpindah ke kawasan parlimen lain.

Dari segi rekodnya, pemimpin kanan DAP ini bertanding Bandar Melaka (1969),  Kota Melaka (1974); Petaling Jaya (1978); kemudian pulang semula ke Kota Melaka (1982); Tanjong (1986); Ipoh Timur (2004); dan pada PRU lepas beliau ke Gelang Patah.

Jelas beliau lagi, berdasarkan simulasi yang dijalankan, Barisan Nasional yakin akan mendapat 39 kerusi manakala pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi.

Malah katanya dengan pertambahan pengundi Melayu yang menyokong Barisan Nasional sebanyak 10 peratus di samping penambahan 5% pengundi bukan Melayu maka ia disifatkan satu petanda baik.

“Kepimpinan YAB Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir pula telah menampakkan hasilnya dan rakyat mula merasai kesejahteraan yang dilaksanakan melalui visi Perak Aman Jaya.

“Jentera BN Perak sudah memulakan gerak kerja pilihan raya sejak 2014 lagi berdasarkan post-mortem keputusan PRU13, dan kami telah pun mengatur serta melaksana strategi yang lebih mantap bagi mengatasi dakyah serta dasar politik kebencian yang ditanam oleh DAP serta sekutunya,” katanya lagi.

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");