Sukan Hari Ini

KL2017: Compound Berpasukan Wanita Raih Emas Kedua Negara

KUALA LUMPUR: Pasukan memanah compound berpasukan wanita negara membutirkan pingat emas kedua buat Malaysia di hari keempat saingan apabila menang 253-252 ketika berdepan Vietnam.

Mereka sebelum itu menumbangkan cabaran Thailand 227-219 di separuh akhir dalam aksi yang ditunjangi oleh Fatin Nurfatehah Mat Salleh bersama-sama Nurul Syazhera Mohd Asmi dan Saritha Nam Chong.

Aksi menentang Vietnam menjadi dramatik apabila Vietnam berjaya mendapatkan mata demi mata namun aksi yang konsisten daripada pemanah Malaysia berjaya memberikan kejayaan buat negara.

Ketenangan ketika aksi penentuan menerusi shoot off selepas kedudukan terikat 225-225 ternyata membantu kem Malaysia untuk mengesahkan pingat emas kedua kejohanan.

Kejayaan itu jelas mengubati kekecewaan Fatin yang terlepas peluang meraih emas dalam acara individu selepas meraih gangsa, semalam.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");