Sukan Hari Ini

KL2017: Skuad Chinlone Sumbang Emas Pertama Negara

KUALA LUMPUR: Emas pertama kontinjen negara pada Sukan SEA 2017 muncul menerusi sukan chinlone apabila menewaskan Filipina di pentas final acara linking yang berlangsung di Stadium Tertutup Titiwangsa, sebentar tadi.

Pasukan negara yang dibarisi Muhammad Faiz Roslan, Ab Muhaimi Che Bongsu, Mohammad Kamal Aizzat Azmi, Izuan Affendi Azlan, Iskandar Zulkarnain Salim, Putera Aidil Israfil Kamaruzaman, Mohamad Azlan Alias dan Muhammad Zaim Bin Razali muncul juara dalam disiplin Linking dengan pungutan 391 mata keseluruhan.

Menurut laporan dari Berita Harian, pingat perak pula menjadi milik Filipina yang mengumpul 271 mata di pentas final manakala Brunei ketiga dengan 157 mata.

Untuk rekod, pada penampilan di temasya dua tahun lalu di Singapura, Malaysia muncul pemenang pingat gangsa dalam acara sama dan meraih perak acara Non-Repetition.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");