Sukan Hari Ini

KL2017: Skuad Ragbi Pamer Aksi Garang

MALAYSIA berada di landasan tempat untuk memperbaiki prestasi pingat perak selepas skuad ragbi lelaki 7s menepati ramalan apabila menguasai hari pertama saingan di Stadium MBPJ Stadium, Kelana Jaya, sebentar tadi.

Pasukan yang dibimbing jurulatih Mohd Saizul Hafifi Md Noor, beraksi garang dalam kesemua tiga perlawanan, bermula dengan Kemboja (51-0) pada perlawanan pembukaan, dikuti kemenangan tipis ke atas Singapura (12-10) dan kemenangan penting ketika mengatasi juara bertahan, Filipina.

Namun, skuad lelaki negara masih mempunyai misi apabila dijadual berdepan Thailand dan Indonesia sebelum mengesahkan laluan ke peringkat akhir.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi skuad wanita apabila kecundang dalam dua daripada tiga perlawanan yang ditempuh, lapor BH Online.

Ternyata permulaan kurang memberangsangkan ditunjukkan pemain wanita apabila kalah kepada Singapura 17-0 pada perlawanan pembukaan tetapi bangkit pada perlawanan kedua dengan kemenangan 36-0 ke atas Laos.

Bagaimanapun, mereka sekali lagi terkandas pada perlawanan seterusnya apabila terpaksa akur dengan kehebatan Thailand dengan keputusan 38-5.

Skuad wanita negara masih perlu beraksi dalam satu lagi perlawanan iaitu menentang Filipina sebelum perlawanan pusingan berikutnya ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");