Perak Hari Ini

Konvoi Kembara Merdeka Negaraku Tiba Di Negeri Perak

IPOH:Konvoi Kembara Merdeka Negaraku tiba di negeri ini hari ini, yang menjadi lokasi ke-28 daripada 50 destinasi.

Konvoi terdiri daripada 107 peserta yang menaiki 30 buah motosikal berkuasa tinggi dan 18 buah pacuan empat roda itu tiba di Dataran Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta di sini hari ini.

Ketibaan konvoi itu disambut ADUN Hulu Kinta Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Hadir sama ADUN Manjoi Adun Manjoi, Mohammad Ziad Mohamed Zainal Abidin.

Ketua Konvoi Ariah Judah berkata, siri konvoi sejauh 188 kilometer itu merupakan salah satu cara menghidupkan kembali semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara khususnya kepada generasi muda dan yang lahir selepas merdeka.

“Ia satu usaha berterusan dengan penyertaan agensi kerajaan, Bukan Kerajaan (NGO) penduduk kampung dan pelajar sekolah kita sama-sama mengibarkan bendera.

“Dalam mengisi kemerdekaan paling penting, semangat patriotik perlulah tinggi, selain mengekalkan jati diri dalam mempertahankan kemerdekaan,” katanya.

Tambahnya lagi, memupuk semangat kemerdekaan tidak memerlukan belanja yang besar cukup dengan tindakan mengibarkan jalur gemilang, menghayati lagu kebangsaan, dan rukun Negara sudah memadai.

Sementara itu, Aminuddin dalam ucapannya berkata masyarakat tidak boleh sewenangnya menghentam kerajaan biarpun berbeza pendapat dan ideologi.

“Kita jarang bertanya apa yang kita sumbang pada negara tetapi kerap mempersoalkan apa yang kerajaan beri pada kita.. sebagai rakyat wajar pada kita menanamkan sikap ini negaraku dan kita akhirnya akan dikuburkan di sini.

“Jangan ambil mudah dan bersikap menghentam negara kerana kita berbeza pandangan dari segi politik.

“Zaman sekarang mudah semuanya namun jangn kita merasa selesa mengambil kesempatan bahawa kemerdekaan tercapai begitu sahaja banyak yang dikorbankan serta dasar yang dilaksanakan untuk mencapainya,” katanya.

Konvoi Kembara Merdeka Negaraku akan menjelajah negeri-negeri di seluruh Semenanjung selama 16 hari iaitu bermula 13 Ogos lalu dan dijangka tamat di Kuala Lumpur pada 28 Ogos nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");