Berita Hari Ini

KP Jabatan Perumahan Negara Pandu Sendiri Ke Hospital Sebelum Meninggal Dunia

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Abd Rahim Ishak meninggal dunia awal hari ini selepas mengadu sakit ulu hati.

Abd Rahim, 55, meninggal dunia kira-kira 3 pagi ini ketika mendapatkan rawatan di  Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan.

Lapor Bernama, difahamkan beliau memandu sendiri ke pusat perubatan tersebut bagi mendapatkan rawatan.

Berita kematian Abd Rahim itu disahkan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek.

Abd Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara pada 16 Jun tahun lepas.

Abd Rahim turut hadir pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampar Tenang di Dengkil semalam yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Bahagian Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Jenazah akan diuruskan untuk pengebumian di Bukit Mahkota, Bangi, selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Serdang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");