Perak Hari Ini

Malindo Air Tak Wajar Terus Beroperasi Di KLIA

LUMUT:Malindo Air yang merupakan sebuah syarikat penerbangan tambang murah milik asing tidak sewajarnya dibiarkan meneruskan operasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama Malaysia Airlines (MAS).

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun menegaskan bahawa KLIA seharusnya merupakan hak eksklusif buat MAS yang merupakan syarikat penerbangan negara dan adalah tidak adil bersaing dengan syarikat penerbangan yang berstatus tambang murah di KLIA.

Jelasnya tindakan itu tidak adil dan dibiarkan begitu sahaja sedangkan Malindo Air mempunyai cukai lapangan terbang yang tertunggak sehingga RM70 juta.

“Malah kita tidak pernah persoalkan siapa CEOnya (rakyat Malaysia), cumanya kita pertikaikan Malindo Air pemegang saham terbesar adalah seorang rakyat asing.

“Kenapa dia dapat keistimewaan begitu sekali dan sebab itulah Pemuda UMNO perjuangkannya demi mempertahankan kedaulatan negara dan soal ekonomi kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lumut di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Sebelum ini, DAP menyifatkan tindakan Pemuda UMNO mempersoalkan keturunan pemilik sejumlah besar saham syarikat penerbangan Malindo Air berunsurkan politik perkauman.

Mengulas lanjut, katanya DAP diberi amaran usah memutarbelitkan kenyataan dengan memainkan isu perkauman dalam hal Malindo Air itu.

“Sebenarnya mereka nak mengalih perhatian rakyat isu dalaman iaitu masalah pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC). Jadi mereka cipta polemik baharu untuk mengalih perhatian rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");