Perak Hari Ini

Masalah Kesihatan Mental Murid Perlu Diberi Perhatian

IPOH: Golongan pendidik dan kaunselor sekolah digesa untuk mengesan dan menangani masalah kesihatan mental dikalangan murid.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,. Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam,. Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Dato’ Dr. Mah Hang Soon berkata usaha sedemikian setidak-tidaknya dapat membendung kenaikan peratusan masalah mental dalam negara ini.

“Kita mahu guru, warga pendidik, kaunselor mahupun guru tadika untuk sama-sama membantu kerajaan dalam kita mengesan dan dapat mengambil tindakan awal jika terdapat murid yang bakal menghidapi penyakit kesihatan mental ini”, katanya.

Menurut laporan media tempatan tahun lalu, menerusi Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyebut 29.9 peratus ataupun satu dari tiga rakyat Malaysia ini mengalami masalah mental.

 

Justeru Mah berkata, tidak mustahil peratusan tersebut akan meningkat jika tidak ada sebarang tindakan bersama dikalangan masyarakat.

“Walaupun kajian dilakukan terhadap golongan yang berusia 60 tahun dan ke atas, namun jika mengikut trend semasa, ia mengalami peningkatan.

“Jika ia tidak dibendung bersama dengan masyarakat dan sokongan ahli keluarga, tidak mustahil trend itu akan terus meningkat dikalangan yang berusia bawah dari 60 tahun”, ujarnya.

Tambah Mah, pihak hospital khususnya dalam bidang psikiatri harus meningkatkan mutu perkhidmatan dan bekerjasama dengan masyarakat bagi menjayakan visi negara maju yang kurang masalah mental dikalangan rakyatnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Konvenyen Masalah Mental Ipoh Kali Ke-5 di Hotel Kinta Riverfront di sini, pada Jumaat.

Porgram  yang bertemakan ‘Meningkatkan Kestabilan Emosi Masyarakat’ ini dijalankan selama tiga hari bermula semalam dan ia disertai 300 peserta dari kalangan pakar dan ahli akademik dalam bidang psikiatri.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Kebajikan Psikiatri Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Datuk Dr Ahmad Rasidi M Saring, yang juga selaku penganjur serta Timbalan Pengarah (Klinikal) HRPB, Dr Nordin Nasri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");