Jenayah

Mekanik Maut Dirempuh Motosikal

KANGAR: Tindakan seorang mekanik yang keluar simpang secara mengejut mengundang padah apabila beliau maut akibat dirempuh motosikal lain.

Dalam kejadian di Jalan Bukit Kubu, di sini, jam 11 pagi tadi, mangsa, Chea File Peng, 53, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan serius akibat dirempuh di bahagian tengah motosikal.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata siasatan awal mendapati mangsa dari Simpang Gapura secara tiba-tiba keluar ke jalan besar menyebabkan motosikalnya dirempuh sebuah lagi motosikal, seperti dilapor BH Online.

“Berdasarkan penunggang sebuah lagi motosikal itu, beliau tidak sempat untuk memberhentikan motosikal kerana jarak yang terlalu dekat.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian. Mayatnya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini untuk tindakan selanjutnya.

“Lelaki yang merempuh mangsa turut dibawa ke HTF akibat kecederaan di muka,” katanya ketika dihubungi.

Kes disiasat mengikut Sekyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");