Jenayah

Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

SHAH ALAM – Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam kenderaan yang dipandunya jenis pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza di Persiaran Monfort, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam, mangsa dikenali Ab Azizi Ab Rahman, 59.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, sebelum kejadian, mangsa memandu sendirian dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Subang sebelum dipercayai telah mengalami serangan jantung sebelum kereta yang dipandunya terbabas ke sebelah kiri jalan.

“Orang ramai yang menemui mangsa yang tidak sedarkan diri itu kemudiannya menelefon pasukan perubatan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dipetik dari laman portal Sinar Harian.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat.

Jelasnya, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");