Sukan Hari Ini

Misbun Minta Chong Wei Fokus

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei perlu menerima dengan terbuka keputusan undian Kejohanan Dunia 2017 yang akan berlangsung di Glasgow, Scotland, pada 21 hingga 27 Ogos ini.

Ketua Jurulatih PerseoranganLelaki, Datuk Misbun Sidek berkata, menjelang kejohanan berkenaan, Chong Wei hanya perlu memberi tumpuan kepada sesi latihan agar ia dapat menghindar apa yang dirasakan menjadi kelemahan beliau.

“Apa yang penting sekarang, Chong Wei perlu beri tumpuan kepada latihan supaya latihan itu dapat menutup perasaan curiganya itu.

“Chong Wei juga kena terima bahawa inilah undiannya dan apabila dia terima undian ini, dia tidak perlu rasa bimbang,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan bulanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam dipetik dari laman portal Sinar Harian.

Menjelaskan mengenai skop latihan untuk pemain di ranking kedua dunia itu, Misbun berkata, latihan untuk pemain berusia 35 tahun itu lebih menumpukan kepada aspek taktikal dan mengekalkan kecergasan sepanjang kejohanan itu nanti.

“Saya lihat apa yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik. Cumanya, kita tidak boleh tahu bagaimana ketika beliau bertemu lawannya.

“Saya harap apa yang dilakukan dapat memenuhi latihan pertandingan nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");