Isu Panas

Pakatan Harapan Sukar Tawan Johor

SHAH ALAM – Pakatan Harapan tidak mampu menawan Johor dan Putrajaya seperti yang diinginkan mereka dalam PRU akan datang.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong mendakwa, Pakatan Harapan hanya menumpukan pada isu nasional sahaja, sebaliknya mereka jarang mengambil berat terhadap isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

“Rakyat jelata lebih pentingkan isu-isu yang mempunyai kaitan rapat dalam kehidupan mereka. Oleh itu, sebagai wakil rakyat, mereka mesti sentiasa berkhidmat kepada rakyat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pengundi dalam kawasan masing-masing,” katanya seperti yang disiarkan dalam China Press.

Katanya, MCA adalah parti yang sentiasa mengambil berat terhadap masalah dan isu-isu yang dihadapi rakyat berbanding parti-parti pembangkang yang hanya tahu mengkritik sepanjang masa.

“MCA tidak seperti parti-parti pembangkang lain yang hanya tumpukan kepada isu nasional dan mengabaikan suara rakyat,” jelas Ka Siong.

Mengenai Pakatan Harapan, menteri di jabatan perdana menteri ini mendakwa pendirian pakatan pembangkang ini adalah tidak jelas dan sentiasa berubah-ubah,

“Ketika pembangkang menubuhkan Pakatan Rakyat, mereka mendakwa mereka adalah sebuah pakatan yang kuat lagi baik. Tetapi lihatlah apa yang terjadi hari ini.

“Pas semakin lama semakin terpisah dengan parti-parti yang pernah menjadi kawan rapat mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");