Isu Panas

PAS Selangor Mahu RCI Memali Segera Ditubuhkan

SHAH ALAM: PAS Selangor mahu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi Memali pada 1985, segera ditubuhkan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Sallehen Mukhyi, berkata penubuhan suruhanjaya itu penting bagi ‘membongkar’ pihak yang bertanggungjawab dalam pembunuhan guru agama, Ibrahim Libya serta beberapa orang penduduk tempatan di Kampung Memali, Baling Kedah pada 19 Nov 1985.

“Peristiwa Memali ini berlaku pada era pemerintahan Perdana Menteri yang ke-empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PAS Selangor berpandangan sudah sampai masanya peristiwa berdarah ini dibongkar untuk mendapatkan gambaran sebenar kenapa, mengapa dan bagaimana peristiwa ini berlaku.

“Kami mengharapkan satu siasatan terperinci untuk mengenalpasti siapakah dalang sebenar di sebalik peristiwa berdarah ini dan menghadapkan mereka yang bertanggungjawab ini ke muka pengadilan untuk diadili dengan sebaiknya,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Pada masa sama, Sallehen berkata, PAS Selangor meminta Kerajaan Malaysia memohon maaf secara terbuka dan memberikan sejumlah pampasan kepada waris mangsa yang mengalami trauma, fitnah dan tekanan hidup akibat peristiwa itu.

Menerusi laporan BH Online, katanya, PAS Selangor juga kecewa dan berdukacita dengan sikap lepas tangan pemimpin tertentu yang dikaitkan dalam peristiwa Memali.

“(Begitu) juga beberapa bekas pimpinan PAS yang seolah-olah kini menjadi perisai kepada pemimpin negara yang dikaitkan dengan peristiwa ini walaupun sebelum ini merekalah yang menjadi jurucakap mempertahankan penduduk di Memali.

“Sekarang terserlah sikap talam dua muka mereka yang berselindung atas nama menegakkan keadilan untuk rakyat dan dalam masa yang bersekongkol dengan pimpinan yang terkenal menzalimi rakyat dalam sejarah pemerintahannya,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");