Perak Hari Ini

Pecahkan Benteng Protokol: Kunci Kejayaan MBI Jadi PBT Terbaik

IPOH:Pecahkan benteng protokol yang terlalu ‘tebal’ dan menjadi contoh teladan kepada semua antara lima kriteria yang menjadi kunci kejayaan yang diperolehi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diiktiraf PBT terbaik bagi sistem penarafan bintang pihak berkuasa tempatan (PBT) di Malaysia.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata,kejayaan itu merupakan pertama kalinya diperolehi oleh negeri ini yang merupakan satu sejarah yang cukup membanggakan semua pihak termasuk dirinya sendiri.

“Saya mengharapkan pihak PBT lain akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan supaya mendapat satu pencapaian terbaik kelak.

“MBI berjaya menjadi PBT terbaik dan ia satu pencapaian yang sangat memberangsangkan kita semua kerana Ipoh menjadi ibu negeri kepada Perak malah menerusi penilaian pencapaian daripada tahun 2008 kita hanya mendapat 74 peratus keseluruhan bagaimanapun ia telah melonjak kepada 97 peratus dan ini adalah gambaran cukup besar,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas mesyuarat exco hari ini.

Tambahnya lagi,kejayaan itu berjaya diperolehi setelah pihak MBI berjaya memenuhi 354 kriteria yang disenaraikan.

“Ia menunjukkan satu usaha yang berterusan menerusi bimbingan terhadap semua anak buah saya untuk mendapat kejayaan luar biasa hari ini,” katanya.

Jelasnya lagi, antara resepi kejayaan yang digunakannya adalah memberikan dorongan yang positif kepada mereka, sentiasa mengamalkan pendekatakan semangat berpasukan, menjadi contoh teladan kepada semua, selain memberi aprisiasi atas usaha yang diberikan.

Selain itu katanya, semangat kerjasama itu perlulah konsisten selain sentiasa istiqamah dengan apa sahaja perkara yang dilakukan serta memberi pengiktirafan terhadap kejayaan yang diperolehi.

“Resepi utama adalah membawa anak buah saya dengan dorongan yang positif, ‘nothing is impossible’ kita boleh melakukan sepertimana orang lain lakukan, pendekatan semangat berpasukan yang kuat dengan menjadi contoh teladan iaitu duduk bersama, berdialog bersama selain memecahkan benteng protokol terlalu tebal bersama anak buah saya,” katanya.

Terdahulu, pada sesi penganugerahan semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, terdapat 41 PBT seluruh negara mencapai penarafan lima bintang dengan MBI memperoleh markah tertinggi iaitu 97.45 diikuti Majlis Daerah Manjung dengan 94.75 peratus di kedudukan sembilan terbaik negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");