Jenayah

Pelajar Tingkatan 4 Lemas Di Air Terjun Chemerong

DUNGUN – Kegembiraan sekumpulan remaja mandi-manda di Air terjun Chemerong berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas, semalam.

Mangsa, Muhammad Fakhrul Ieqbal Mat yie, 16, dipercayai tidak timbul selepas terjun ke dasar sungai.

Mayat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya itu ditemui kira-kira jam 5 petang oleh orang ramai dan penduduk kampung.

Mangsa bersama rakan-rakannya berkonvoi dengan motosikal tiba di lokasi pelancongan itu kira-kira jam 2.30 petang untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat mangsa yang berasal dari Felda Kerteh 4 dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");