Perak Hari Ini

Pemimpin Perlu Bijak Urus Persepsi Dengan Baik-Salleh Said Keruak

LUMUT:Pengurusan persepsi merupakan antara elemen penting dan perlu diuruskan dengan baik supaya rakyat tidak akan terkeliru dengan sebarang maklumat diperolehi mereka. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pemimpin kini perlu bijak mengurus pentadbiran malah perlu cekap menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau yang juga merangkap Bendahari Umno berkata sekiranya pemimpin kerap turun padang dan bijak mengurus pastinya rakyat akan lebih mengenali mereka.

“Kalau kita rajin turun padang mengurus masalah, rakyat akan mengenali pemimpin dan parti itu.

“Kita tidak boleh pisahkan antara parti dan pemimpin malah parti itu perlu memahami kehendak rakyat keseluruhannya,” katanya dalam satu sidang media sejurus merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Lumut di sini hari ini.

Jelasnya lagi, senario dunia baru kini dipengaruhi oleh dunia sosial yang kadang kala wujudnya maklumat tidak sahih serta pandangan individu semata-mata.

“Jika tidak prihatin dan kita percaya dengan pandangan itu sememangnya rakyat akan terkeliru.

“Peranan Badan Perhubungan UMNO itu penting malah perlu ada pendekatan melibatkan peringkat bawahan berkaitan tiga isu iaitu, Nasional, Negeri dan Tempatan jadi perlu diberi kepercayaan,” katanya.

Sementara itu jelasnya hampir 2,000 akaun Facebook palsu melibatkan pemimpin negara telah dipadamkan oleh pihak kementerian dengan mengunakan bantuan daripada pengantara antarabangsa.

“Kalau ia diuruskan di Malaysia tiada masalah tetapi ada akaun palsu yang diuruskan di luar negara bagaimanapun masalah ini berterusan serta memerlukan kerjasama negara luar tetapi setakat ini tiada masalah,” katanya.

Salleh turut mengakui UMNO Perak dilihat mantap dan kelihatan bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang.

“Saya tertarik dengan slogan tiada yang tertinggal dan tiada terpinggir malah pembangunan tidak dikawasan tertentu sahaja tetapi meliputi seluruh negeri.

“Dalam pembangunan ia turut merangkumi peluang pekerjaan dan peluang ekonomi yang dapat disediakan untuk anak-anak Perak yang menjadi kunci segalanya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");