Membawang Hari Ini

Pemuda Buat Hal Di Jepun, Lapor Polis Kerana Tak Tahan Dikecam Netizen

Pemuda dikenali sebagai Ramadhan membuat laporan polis selepas tidak tahan dikecam netizen.

Laporan tersebut dimuatnaik Ramadhan di  naik laman sosial Instagram.

Pada entri tersebut, dia menulis kapsyen:

“Ni report saya. Sesiapa berani cabar jumpa saya di mahkamah k”

Menerusi laporan tersebut dia mengaku bertengkar dengan salah seorang pekerja rumah tumpangan bernama Qaiyum.

Namun dia menjelaskan pertengkaran itu berlaku selepas dia tidak berpuas hati kerana diperlekehkan serta diarah seperti budak-budak pada 16 Ogos lalu.

Bagaimanapun dia memberitahu mereka sudah berdamai pada 18 Ogos (semalam).

Setibanya di Malaysia, dia tidak menyangka apabila pertengkaran yang dirakam menerusi CCTV disebarkan dan tular.

Akibat daripada itu, dia mendapat kecaman serta ugutan di akaun Facebook(nya).

Ramadhan memberitahu dia membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya.

Ramadhan bersama dua lagi rakannya dikutuk netizen selepas videonya merosakkan bilik di rumah tumpangan di Jepun tular.

Selain menyebabkan kerosakan berjumlah RM5,000 mereka turut melakukan perbuatan jijik dengan membuang air besar di bilik mandi rumah tumpangan tersebut.

Perbuatan mereka telah dikecam teruk oleh rakyat Malaysia yang menyifatkan ia amat memalukan.

Antara kecaman diterima:

@Muhammad Syafiq Jafri – Buat malu bangsa dan negara lah ….name Melayu agama Islam tapi ade tak  guna nilai adab bila bertandang tempat orang .Buat malu otakku buat malu Melayu buat malu agama buat malu negara ….buat malu orang gemuk macm aku

@Zilah Othman – Adab kat mana??? Dah ditolong…kurang ajar plak dibalasnyer….kan dah viral…buat malukan keluarga jerrr

@Shafiqah Rosnizam – Ya Allah buat malunyaaaa jap lagi jangan tiba-tiba Malaysia tak boleh masuk Jepun sudah la…tahun depan nk pegi sana lah

@Nazri Rozemi – buat malu kaum betul depa ni tak ada sivik langsung mat tahikkk

@Datin Trauma – Buat malu org Malaysia jaa. .

@Rina Shazlan Reena-  Tolong la kalau pergi Jepun jangan la bawa perangai pengotor tu..orang-orang Jepun semua pembersih..xkira lelaki perempuan budak kecil, orang tua lepas berak diorang akan flush..kalau mandi di shower atau public shower dorang memang tak akan berak kat situ

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");