Berita Hari Ini

Pemuda UMNO Perlu Berada Di Landasan Betul

KOTA BHARU – Pergerakan Pemuda UMNO perlu berada di landasan yang betul bagi meneruskan serta mewarisi perjuangan parti demi bangsa,agama dan negara.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Mohd. Fatmi Che Salleh berkata, untuk memikul tanggungjawab berkenaan, pemuda perlu berani dan bekerja keras bagi mencapai cita-cita untuk memerintah Kelantan.

“Untuk melihat Barisan Nasional (BN) memerintah Kelantan, tanggungjawab pemuda adalah bekerja secara ikhlas dan jujur kerana perjuangan parti mesti diwarisi kepada orang muda.

“Apa yang kita buat hari ini akan menentukan masa hadapan, maka bekerjalah bersungguh-sungguh dan menghayati wadah perjuangan parti,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu di Hotel Emaslink di sini hari ini.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");