Isu Panas

Penduduk Pernah Buat Aduan Kilang Haram Tapi Guan Eng Buat Nohen

Kepimpinan DAP memang terkenal dengan sikap suka membuat kontroversi dan kemudian menuding jari terhadap BN. Sedangkan dikalangan ahli parti begitu ketara membuat kesalahan namun tetap BN yang dipersalahkan.

Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini begitu bongkak kononnya mahu mennjadikan negeri itu sebagai negeri the most environmentally sound and liveable city in Malaysia melalui pendidikan, penguatkuasaan dan penghargaan.

Namun sekarang, lihat sendiri apa yang berlaku. Sudah lah kantoi dengan isu banglo dan kini isu kilang haram pula. Namun DAP terus bongkak seolah-olah apa yang dilakukan itu bukan satu kesalahan.

Pembohongan Guan Eng DAP terserlah apabila isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti didedahkan.

Apabila isu mula hangat diperkatakan, apa yang Guan Eng buat. Seperti biasa, dia ambil pendekatan bacul dengan menuding jari terhadap BN.

Hanya seorang pengecut sahaja yang menuding jari pada pihak lain apabila kantoi buat salah.

Apa yang lebih teruk, Guan Eng selaku Ketua Menteri langsung tidak mempedulikan kesengsaraan penduduk sekitar kilang haram itu.

Isu berkaitan kilang berkenaan sebelum ini pernah ditimbulkan penduduk kawasan sekitar. Namun Guan Eng hanya buat nohen dan terus bongkak tanpa mempedulikan apa-apa.

Ianya terbongkar apabila beberapa surat JKKK Kampung Sungai Lembu didedahkan.

Malah, surat JKKP bertarikh 25hb September 2016 itu turut disertai dengan senarai tanda tangan 179 wakil penduduk di kawasan terlibat yang mendesak kerajaan DAP supaya mengambil tindakan terhadap kilang yang mencemarkan perkampungan mereka.

Nampak sangat seperti kilang berkenaan sengaja dilindungi oleh kepimpinan DAP. Mungkin ada habuan bulanan yang diberikan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang begitu jelas melindungi aktiviti kilang haram ini apabila segala pendedahan dan rayuan rakan ADUN PKR mereka dibakulsampahkan begitu sahaja.

Malah, ADUN PKR ini menjadi target puak RBA dan DAP dengan pelbagai penghinaan dan ugutan sehingga ADUN PKR itu bernekad untuk bertanding lagi pada PRU14 nanti.

Jawapan Lim Guan Eng DAP kepada soalan lisan tentang isu kilang haram ini pada Sidang DUN 19-24hb Mei 2017 juga amat mendukacitakan.

Beliau sendiri mengaku bahawa notis mengosongkan bangunan bertarikh 9 Jun 2015 dan notis berhenti perniagaan sebanyak 2 kali (24 Jun 2016 dan 18 Oktober 2016) telah dikeluarkan oleh agensi kerajaan DAP

Tetapi kilang itu above the law dan masih beroperasi tanpa mempedulikan notis-notis agensi kerajaan DAP. Ianya menimbulkan anggapan bahawa kilang haram itu dilindungi oleh individu yang berpengaruh dalam kerajaan DAP negeri.

Persepsinya ialah individu ini pula mungkin mendapat imbuhan atau mempunyai pertalian saudara dengan pemilik kilang kerana sanggup membelakangi rintihan dan kesengsaraan penduduk kampung yang berkemungkinan besar adalah penyokong Pakatan Pembangkang pada PRU12 dan PRU13.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");