Berita Hari Ini

Penjawat Awam ‘Senior’ Perlu Terima Idea, Inovasi Penjawat Awam ‘Junior’ – PM Najib

PETALING JAYA: Pemikiran lapuk penjawat awam kanan yang menolak idea dan inovasi kakitangan baru perlu dikikis.

Gesaan itu dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu setiap idea dan inovasi mereka yang baru menyertai sektor awam didengari dan dilaksanakan.

“Mesej ini juga disampaikan kepada penjawat awam kanan mereka sepatutnya tidak terlalu terikat dengan hierarki.

“Mereka sepatutnya memberi peluang kepada penjawat awam muda untuk membolehkan mereka menyalurkan idea kreatif kepada senior.

“Itulah budaya yang perlu diamalkan dalam perkhidmatan awam pada ketika ini,” katanya pada sesi dialog ‘Design Thinking’ (DT) (Pemikiran Reka Cipta), penggerak Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Genovasi Malaysia (Genovasi), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan salah seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang juga alumni pelatih Genovasi Malaysia yang bertanyakan cara untuk melaksanakan idea dan inovasi di kementerian yang beliau bertugas.

Tambahnya, penjawat awam muda perlu berani menyampaikan idea dan inovasi mereka kepada pengurusan bagi memastikan ia meningkatkan tahap penyampaian kerajaan kepada rakyat.

“Saya sangat gembira apabila anda sangat berminat berkenaan apa yang anda boleh lakukan sebagai duta pereka inovasi.

“Apa yang penting adalah untuk anda bercakap dengan bos anda dalam perkhidmatan awam dan sampaikan kepada mereka idea inovatif yang anda ada dan letakkannya dalam satu tindakan dan diamalkan,” ujarnya.

Genovasi memulakan tiga program baharu iaitu Design Thinking – Catch’em Young (DT-CEY) memfokuskan kanak-kanan berusia 10 hingga 14 tahun, Design Thinking – Catch’em Growing (DT-CEG) melibatkan umur 17 hingga 20 tahun, dan Design Thinking Experience (DTE) dalam bahasa Malaysia dan Mandarin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");